Slot Chamsarang

Chamsarang ialah merupakan sebuah slot Drama Korea di TV9, TV3 dan NTV7.Di TV9, Slot Chamsarang bersiaran setiap hari Rabu - Jumaat jam 10:00 hingga 11:00 malam sementara di TV3, Slot Chamsarang bersiaran setiap hari Selasa - Khamis jam 11:00 hingga 12:00 malam.Slot Chamsarang di TV9 telah ditamatkan pada 1 Mac 2018 dan ia kembali bersiaran pada 12 Ogos 2020 sementara di TV3, slot Chamsarang bersiaran mulai 10 Ogos pada 10:00 malam bagi menggantikan slot Samarinda yang direhatkan sementara. Drama Korea di NTV7 bersiaran setiap hari Isnin - Jumaat jam 6:00 - 7:00 malam sehingga 10 November 2020.Namun, slot ini direhatkan sementara di TV3 bermula 21 September 2020 bagi memberi laluan kepada slot Samarinda untuk ditayangkan semula.Mulai 6 Oktober 2020, Slot Chamsarang kembali bersiaran di TV3 setiap Selasa - Khamis jam 11:00 malam. Siaran ulangan tayangan perdana di TV3 akan ditayangkan di TV9 setiap Rabu - Jumaat jam 10:00 malam.Manakala, Drama Korea di NTV7 telah dihentikan pada 10 November 2020.